Salam Sejahtera,
Pada pendapat saya pula, langkah pertama yang perlu
dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan
dalam pendidikan ialah kerajaan perlu memperkenalkan teknologi dalam seluruh
Malaysia dengan cara yang menarik dan tidak membebankan semua orang agar dapat
semua pelajar, cikgu atau pensyarah sudi menggunakan teknologi yang berkaitan
dalam proses P&P. Dalam proses P&P, profesional dalam bidang pendidikan
harus banyak menggunakan multimedia dalam pendidikan. Contohnya, penggunaan
multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran
kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan
muzik, video, demonstrasi, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui
penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsung.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk memastikan minat
terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pihak
sekolah atau Universiti harus sentiasa menggalakkan pelajar atau mahasiswa
menggunakan kaedah penerokaan. Mereka harus sentiasa menggalakkan semua pelajar
atau mahasiswa menggunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari
dan mengakses maklumat. Contohnya,pihak yang berkaitan perlu memberi tunjuk
ajar kepada mereka supaya memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa
serta dapat mencari laman web yang sesuai dalam masa yang singkat. Dengan
melalui cara-cara ini, saya pasti semua pelajar ataupun mahasiswa akan
mempunyai minat terhadap bidang teknologi sebagai panduan dalam pelajaran
mereka.
Langkah yang ketiga ialah menggunakan ICT sebagai alat
komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian atau penerimaan
maklumat. Hal yang sedemikian dapat memastikan semua pelajar ataupun mahasiswa
menggunakan teknologi yang sedia ada untuk mendapat maklumat atau mengkongsi
maklumat dengan bukti-bukti yang akan tertinggal selepas mengkongsi atau
menerima sesuatu maklumat. Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menggunakan teknologi i-folio untuk memeriksa bahawa seseorang pelajar pernah
atau tidak memaut turun nota-nota yang disediakan oleh pensyarah(jika mahasiswa
tersebut tidak pernah membaca nota tersebut maka perkataan 'never' akan wujud)
atau menjalankan sesuatu perbincangan tentang topik-topik yang diberikan oleh
pensyarah(jika seseorang pernah memberi komen maka bukti-bukti akan wujud).
Langkah yang keempat ialah Kementerian Pelajaran harus
melengkapkan kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar
melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta
merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau
teknologi tanpa wayar. Contohnya, sekiranya terdapat teknologi tanpa wayar di
sekitar sekolah ataupun universiti maka semua pelajar atau mahasiswa dapat
menggunakan internet dengan mudah dan senang tanpa menghadapi masalah untuk
mencari maklumat dalam internet ataupun menggunkan wang saku untuk memohon
perkhidmatan jalur lebar.
Akhir sekali ialah memberikan kursus yang berkaitan dengan
teknologi kepada guru, bakal guru dan pensyarah. Kursus yang diberikan haruslah
termasuk latihan-latihan yang sepatutnya diberikan kepada mereka supaya mereka
akan biasa dengan teknologi yang sedia ada semasa proses P&P dijalankan di
dalam kelas mahupun kuliah. Contohnya,setiap professional yang menghadir kursus
tersebut harus diberikan ujian seperti membuat tayangan video sebelum mereka ‘graduan’.
Nama sebenar : LISA WONG SIEW YIENG
Nombor Matrik : A138493
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : lisawongsiewyieng@yahoo.com
facebook : http://www.facebook.com/lisa.wong.9674