Friday, 21 December 2012
Thursday, 20 December 2012
Esei 'Konsep Integrasi Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran'
INTEGRASI
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)
Pengenalan
Seiring
dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut
mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya.Dalam
konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,
konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan
global dan sebagainya (Abd.Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada
positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion
keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi
abab ke-21.Teknologi Pendidikan memberi kesan yang besar ke atas anjakan
perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti
Malaysia.Justeru itu, perubahan daripada pendekatan
pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segera
kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi
sokongan.Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata –
mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.Dengan penubuhan MSC, Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan
kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat.Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan teknologi memberi
cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini
perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan.
Dalam tugasan ini akan membincangkan kepentingan integrasi
teknologi pendidikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif untuk
mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
tepat pada masanya. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek
pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran,penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula
teknologi digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga
menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan teknologi dalam P&P memerlukan
kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi
P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan
pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
Kecanggihan yang semakin berkembang
menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti dalam kehidupan
seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien dengan kewujudan pelbagai
alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P
& P) di dalam bilik darjah. Penggunaan alat- alat teknologi semasa sesi P&P
bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu
meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam
pendidikan bukan sekadar menjadi trend dan ikutan semata- mata, tetapi lebih
menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini dalam
menghasilkan satu sesi P&P yang berinovasi.
Konsep
Integrasi Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Konsep integrasi teknologi dalam
pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara
pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan
persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail
pembelajaran pelajar (Halimah, 2005).Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar.Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk
membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting
dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan
implikasi berhubung dengan teknologi.
Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini
(2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang
cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan.
Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga
guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).Selain dari
itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah membentuk pembelajaran
secara autentik yang mana pelajar diberi peluang belajar untuk menyelesaikan
masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.
Menurut Lombardi (2007), dengan
adanya bantuan Internet, visual, dan teknologi simulasi pelajar ijazah pertama
boleh menjana kejadian lepas, melihat fenomena, menggunakan instrumen dan boleh
berhubung menerusi mentor di serata dunia. Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus
kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan
dengan isi kandungan.
Kepentingan Integrasi Teknologi Pendidikan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.
Diantara kepentingannya ialah:-
Diantara kepentingannya ialah:-
1. Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan
pembelajaran secara kontekstual
yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan
masalah sebenar.
2. Dapat
memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan
pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat
mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka
mengalaminya.
3. Guruboleh
menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar
boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini
kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan,
pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajari.
4. Ia
juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi dengan
cepat daripada Internet.
5. Melicinkan
proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting
kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran guru
didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.
6. Membantu
pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru
kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi
kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.
7. Membetulkan
sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang
menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
8. Penggunaan
teknologi pendidikan juga boleh mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah
tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Guru
boleh membuktikannya melalui tayangan video atau bahan-bahan yang boleh
didapati daripada Internet.
9. Melibatkan
pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan
melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria
ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
10. Menyediakan sumber yang luas kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran, rujukan dan
penyelidikan.
11. Kaedah
integrasi teknologi pendidikan dalampengajaran dan pembelajaran juga mampu
memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar kerana sebelum ini ,
guru hanya menggunakan kaedah syarahan atau kuliah didalam kelas.
12. Pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesan perkataan (words),
pangkalan data (database), dan grafik (kaku atau bergerak), serta
boleh membuat pembentangan tugasan menggunakan alat-alat teknologi.
Strategi
mengintegrasi teknologi dalam P&P
Peranan Pemimpin Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan teknologi
dalam P&P bukannya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga
kepada pemimpin sekolah.Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk
budaya menggunakan teknologi di sekolah.Mereka bukan sahaja perlu memberi
sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna
teknologi dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.Untuk
menerapkan budaya penggunaan teknologi di sekolah, satu dokumen polisi bertulis
seharusnya disediakan. Polisi ini membantu mereka bentuk dan mengurus program
ini bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai teknologi secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun
sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat
perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada
ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional
penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan
teknologi (Mohammed Sani dan MohdJasmy, 2002).
Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan
sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.Heinrich (1995) menyatakan pelan
ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan
penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian
dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta
pembinaan peralatan secara berterusan.Program pembangunan sekolah harus selari
dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan.Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan
pembangunan teknologi dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Sokongan
daripada Pihak Luar
Pihak luar
memainkan peranan penting untuk memantapkan integrasi teknologi pendidikan
dalam proses P&P sekolah. Pihak skeolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial
serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber
rujukan yang paling releven untuk mendapat khidmat nasihat teknik dan kaedah
menggunakan teknologi pendidikan dalam proses P&P. Teknik pengkongsian
pintar adalah antara sekolah dan sector swasta boleh digunakan sebagai strategi
untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi pendidikan untuk guru dan
semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti
setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk
membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan teknologi pendidikan dalam
P&P secara berkesan.
Masalah
atau kekangan pelaksanaan pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P
Sikap
negatif guru
Daripada kajian lepas terdapat
sebahagian guru yang telah sebati dengan
kaedah tradisional dan untuk sukar membuat penyesuaian dengan teknologi
instruksional. Ledakan teknologi pendidikan member cabaran baharu kepada
profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih belum
mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi
baharu termasuk computer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan
teknologi pendidikan dalam sekolah-sekolah telah membuka perspektif baharu
tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada system dan
organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan membolehkan
pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan dalam P&P.
Sumber Kewangan
Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan
teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajarab konvensional. Kelemahan
kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan
juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang
berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar
supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di
kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap
tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka.
Faedah pengintegrasian teknologi pendidikan dalam
P&P Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Pengintegrasian teknologi
pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah memberikan
impak yang baik kepada pelajar mahupun
guru mata pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang diperolehi. Semestinya
dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai aktiviti-aktiviti yang
melibatkan kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian teknologi pendidikan
ini dapat memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan menggunakan alat
pengukur automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung pelajar akan
diambil melalui pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta getah elastik
yang akan diikat di sekitar dada pelajar untuk merekodkan data. Pengintegrasian
teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan. Selain itu,
sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk menetapkan sasaran
individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah direkodkan, pengajar
pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana
untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di samping itu juga,
kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi
kepada rakan sekelas.
Teknologi yang semakin moden pada
masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti
kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan perakam video untuk
merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan, kemudian dapat
menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan. Penggunaan model
perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta
merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk membantu pelajar memahami apa
corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk
menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke
masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan
teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar tidak mempunyai
kepakaran. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera
dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan
serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan
memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali,
‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut
kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah. Dengan
adanya kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memahami dengan
lebih mendalam tentang apa yang dipelajari sekaligus dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sukan.
Kesan pengintegrasian teknologi
pendidikan dalam P&P
Pengintegrasian teknologi
pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan-kesannya sama ada positif mahupun
negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan yang
positif dimana ianya dapat membantu guru-guru
yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai contoh penghasilan perisian
berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p)
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu
pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p
mata pelajaran sukan. Guru mata
pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada
menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan
p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu.
Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan
menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal
pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan
TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot
Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.
Manakala dalam bidang sukan pula,
para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi
untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif dalam latihan dan
seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai. Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan
batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor, alat koordinasi menggelecek bola keranjang
berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki
dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan
mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya. Di antara kelebihan
penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah, ianya lebih murah
berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan
yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan
Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah
di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar
lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan
ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan
boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya
dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat
rendah, berpatutan dan mampu milik.
Kesimpulan
Kemajuan
teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan
pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh
pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan
pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah
memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat
tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam
pendidikan. Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan
tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi
dapat memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses
pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi
pendidikan dalam P&P, pelbagai pihak harus bekerjasama bagi memastikan
penggunaan teknologi yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak
serta memastikan keberkesanan teknologi dalam proses P&P. Pihak Kementerian
Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan
teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam bidang
tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik serta pelajar haruslah
mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi dengan lebih
berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua
teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
RUJUKAN
Integriting Educational
Techonolgy into Teaching – second edition (M.D. Roblyer , The state University
of West Georgia – Jack Edwards, The Webster School)
Penintegrasian
ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah Mohd
Nordin, Mohamed Amin Embi
Tranformation
of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch Schwarz,
Rina Hershkowitz
Teaching
with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg
Tuesday, 11 December 2012
Rangka Esei
Integrasi Teknologi Pendidikan Dalam Pelajaran Dan Pembelajaran
Kandungan
1. Pemantauan denyutan jantung
- memantau intensiti kadar jantung dengan menggunakan pengukur automatik dan alat transmisi
-memakai jam tangan jantung di pergelangan tangan manakala getah yang elastik akan diikat di sekitar dada mereka
-boleh digunakan untuk merekodkan data
- integrasikan teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan
- sistem telemetri kadar nadi boleh digunakan untuk menetapkan sasaran individu
-CTH:1. - guru menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan tahap intensiti setiap individu dengan semasa latihan dijalankan
2. Berdasarkan data kadar nadi yang telah direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana membantu anak-anak mereka meningkatkan fittness mereka
3.Kadar nadi yang telah dicatat sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada rakan sekelas
4.Semua murid diminta untuk memuat turun rekod data kadar nadi supaya dapat memastikan mereka mempunyai peningkatan dalam aktiviti fizikal mereka
2. Video
-pengajar boleh merakamkan teknik pelajar bermain sesuatu permainan, kemudian menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan untuk penambahbaikan
-model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta-merta
-membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa
-video yang dihasilkan boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran
-video yang dihasilkan juga boleh memotivasikan pelajar untuk belajar tentang peraturan sukan
-mereka boleh menganalisis peraturan dan teknik-teknik bermain dengan betul
-menunjukkan kepada para pelajar persembahan model melalui rakaman video atau konsep demonstrasi
- guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah
- cara yang berkesan untuk menghapuskan halangan-halangan apabila mengajar isu-isu berkaitan kesihatan
Kesan +ve
membantu memantapkan lagi pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran PJK
Alatan moden yang lebih murah, mudah dan mesra rencana ini bukan Sahaja mempercepatkan lagi PROSES peperiksaan yang dijalankan, tetapi juga mendapatkan keputusan yang lebih Tepat dan cepat.
membantu mereka menjalani Latihan dengan lebih sistematik, teratur dan memberi kesan yang POSITIF
mempelbagaikan caruman pekerja p & p, iaitu Selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga Boleh melaksanakan p & p di Makmal KOMPUTER
Instruments Pengujian Daya Tahan Kardiovaskular (Peperiksaan Bleep) Menggunakan Teknologi Penderia
dan paparan Digital, keizinan Cd-Rom Interaktif Multimedia bagi Mata Pelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan(system kardiovaskular)
Meningkatkan motivasi murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan
ukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan PJK
Kandungan
1. Pemantauan denyutan jantung
- memantau intensiti kadar jantung dengan menggunakan pengukur automatik dan alat transmisi
-memakai jam tangan jantung di pergelangan tangan manakala getah yang elastik akan diikat di sekitar dada mereka
-boleh digunakan untuk merekodkan data
- integrasikan teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan
- sistem telemetri kadar nadi boleh digunakan untuk menetapkan sasaran individu
-CTH:1. - guru menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan tahap intensiti setiap individu dengan semasa latihan dijalankan
2. Berdasarkan data kadar nadi yang telah direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana membantu anak-anak mereka meningkatkan fittness mereka
3.Kadar nadi yang telah dicatat sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada rakan sekelas
4.Semua murid diminta untuk memuat turun rekod data kadar nadi supaya dapat memastikan mereka mempunyai peningkatan dalam aktiviti fizikal mereka
2. Video
-pengajar boleh merakamkan teknik pelajar bermain sesuatu permainan, kemudian menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan untuk penambahbaikan
-model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta-merta
-membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa
-video yang dihasilkan boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran
-video yang dihasilkan juga boleh memotivasikan pelajar untuk belajar tentang peraturan sukan
-mereka boleh menganalisis peraturan dan teknik-teknik bermain dengan betul
-menunjukkan kepada para pelajar persembahan model melalui rakaman video atau konsep demonstrasi
- guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah
- cara yang berkesan untuk menghapuskan halangan-halangan apabila mengajar isu-isu berkaitan kesihatan
Kesan +ve
membantu memantapkan lagi pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran PJK
Alatan moden yang lebih murah, mudah dan mesra rencana ini bukan Sahaja mempercepatkan lagi PROSES peperiksaan yang dijalankan, tetapi juga mendapatkan keputusan yang lebih Tepat dan cepat.
membantu mereka menjalani Latihan dengan lebih sistematik, teratur dan memberi kesan yang POSITIF
mempelbagaikan caruman pekerja p & p, iaitu Selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga Boleh melaksanakan p & p di Makmal KOMPUTER
Instruments Pengujian Daya Tahan Kardiovaskular (Peperiksaan Bleep) Menggunakan Teknologi Penderia
dan paparan Digital, keizinan Cd-Rom Interaktif Multimedia bagi Mata Pelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan(system kardiovaskular)
Meningkatkan motivasi murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan
ukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan PJK
Tuesday, 4 December 2012
Nama : Lisa Wong Siew Yieng
No Matrik : A138493
Program : Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian
Sukan Dan Rekreasi
Tahun Pengajian : 2
Semester : 1 2012/2013
Tutorial : Rabu 11am-12pm (Makmal 3)
Facebook : wong lisa
No Tel : 0168856997
Alamat Kolej : K16E, 403, Kolej Rahim Kajai
Alamat Rumah : 1E, Lorong Jerrwit Barat 1A, 96000
Sibu, Sarawak
Subscribe to:
Posts (Atom)