Wednesday 17 October 2012

5 Langkah Yang Perlu Dilakukan Untuk Memastikan Minat Terhadap Bidang Teknologi Dapat Dimanfaatkan Dalam Pendidikan.



Salam Sejahtera,

Pada pendapat saya pula, langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah kerajaan perlu memperkenalkan teknologi dalam seluruh Malaysia dengan cara yang menarik dan tidak membebankan semua orang agar dapat semua pelajar, cikgu atau pensyarah sudi menggunakan teknologi yang berkaitan dalam proses P&P. Dalam proses P&P, profesional dalam bidang pendidikan harus banyak menggunakan multimedia dalam pendidikan. Contohnya, penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsung.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pihak sekolah atau Universiti harus sentiasa menggalakkan pelajar atau mahasiswa menggunakan kaedah penerokaan. Mereka harus sentiasa menggalakkan semua pelajar atau mahasiswa menggunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Contohnya,pihak yang berkaitan perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa serta dapat mencari laman web yang sesuai dalam masa yang singkat. Dengan melalui cara-cara ini, saya pasti semua pelajar ataupun mahasiswa akan mempunyai minat terhadap bidang teknologi sebagai panduan dalam pelajaran mereka.

Langkah yang ketiga ialah menggunakan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian atau penerimaan maklumat. Hal yang sedemikian dapat memastikan semua pelajar ataupun mahasiswa menggunakan teknologi yang sedia ada untuk mendapat maklumat atau mengkongsi maklumat dengan bukti-bukti yang akan tertinggal selepas mengkongsi atau menerima sesuatu maklumat. Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggunakan teknologi i-folio untuk memeriksa bahawa seseorang pelajar pernah atau tidak memaut turun nota-nota yang disediakan oleh pensyarah(jika mahasiswa tersebut tidak pernah membaca nota tersebut maka perkataan 'never' akan wujud) atau menjalankan sesuatu perbincangan tentang topik-topik yang diberikan oleh pensyarah(jika seseorang pernah memberi komen maka bukti-bukti akan wujud).

Langkah yang keempat ialah Kementerian Pelajaran harus melengkapkan kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Contohnya, sekiranya terdapat teknologi tanpa wayar di sekitar sekolah ataupun universiti maka semua pelajar atau mahasiswa dapat menggunakan internet dengan mudah dan senang tanpa menghadapi masalah untuk mencari maklumat dalam internet ataupun menggunkan wang saku untuk memohon perkhidmatan jalur lebar.  
Akhir sekali ialah memberikan kursus yang berkaitan dengan teknologi kepada guru, bakal guru dan pensyarah. Kursus yang diberikan haruslah termasuk latihan-latihan yang sepatutnya diberikan kepada mereka supaya mereka akan biasa dengan teknologi yang sedia ada semasa proses P&P dijalankan di dalam kelas mahupun kuliah. Contohnya,setiap professional yang menghadir kursus tersebut harus diberikan ujian seperti membuat tayangan video sebelum mereka ‘graduan’.

Nama sebenar : LISA WONG SIEW YIENG
Nombor Matrik : A138493
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : lisawongsiewyieng@yahoo.com

No comments:

Post a Comment